Tuesday, May 13, 2008
OBJEKTIF
1. Menyediakan laluan alternatif kepada pelajar lepasan menengah dan pelajar yang tercicir daripada pendidikan formal untuk mengikuti latihan dan kemahiran dalam bidang-bidang teknikal dan vokasional.
2. Menyediakan pendidikan seumur hidup kepada individu dan masyarakat setempat bagi meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.
3. Membolehkan syarikat-syarikat swasta menggunakan khidmat Kolej Komuniti untuk memberikan latihan kepada pekerja-pekerja mereka
4. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara ahli masyarakat, kerajaan setempat dan sektor swasta bagi memajukan kawasan.
5. Menyediakan latihan dan kemahiran supaya dapat memenuhi keperluan pasaran dan penduduk setempat.
2. Menyediakan pendidikan seumur hidup kepada individu dan masyarakat setempat bagi meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.
3. Membolehkan syarikat-syarikat swasta menggunakan khidmat Kolej Komuniti untuk memberikan latihan kepada pekerja-pekerja mereka
4. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara ahli masyarakat, kerajaan setempat dan sektor swasta bagi memajukan kawasan.
5. Menyediakan latihan dan kemahiran supaya dapat memenuhi keperluan pasaran dan penduduk setempat.
SEJARAH PENUBUHAN KKBS
SEJARAH PENUBUHAN KKBD
Pada 5 Julai 2000, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan Memorandum No 398/2225/00 yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di Setiap kawasan parlimen.
Kolej Komunti Kementerian Pendidikan akan menjadi institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.
Sebanyak 10 buah Kolej Komuniti rintis mula beroperasi pada pertengahan Jun 2001 dan 2 buah lagi pada bulan Disember 2001. Lebih banyak Kolej Komuniti sedang dirancang pembinaannya secara berfasa dalam RMK 9 supaya banyak peluang akan diberi kepada masyarakat setempat untuk menambah ilmu dan kemahiran
Kolej Komuniti Bandar Darulaman (KKBD) merupakan salah satu daripada 34 buah Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kolej ini telah memulakan operasinya pada 1 Jun 2001 di bawah pengurusan Bahagian Pengurusan Kolej Komuniti, Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia. Mulai Mei 2004, Kolej Komuniti telah beroperasi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.
Pada peringkat awal, KKBD beroperasi di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), Jitra Kedah. Kini KKBD telah berpindah ke bangunannya sendiri di Bandar Darulaman Jaya. Mei 2004 satu sejarah terukir apabila Kolej Komuniti diumumkan dibawah operasi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan rasminya.
PIAGAM PELANGGAN
Piagam Pelanggan Kolej Komuniti KPTM
- Proses pendaftaran pelajar dalam keadaan biasa diselesaikan pada hari yang sama pelajar mendaftar.
- Proses PLTV dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkesan mengikut Takwim Aktiviti Tahunan Kolej Komuniti dan Jadual Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).
- Setiap aduan pelanggan yang relevan akan diambil tindakan.
- Semua pembayaran yuran akan dikeluarkan resit pada hari yang sama pembayaran dibuat.
- Setiap modul diajar oleh tenaga pengajar yang berkelayakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
